Salam Sejahtera para Pembaca...
^_^
Pada kesempatan kali ini,saya akan berkongsi pendapat saya tentang pentingnya berkawan atau bersahabat.
Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justru, jika salah pilih sahabat ,kita akan merana dan menerima padahnya. Maka,hendaklah kita sedikit berhati-hati dalam memilih kawan.
Seorang kawan boleh membawa pengaruh besar terhadap kehidupan kita.
Pengaruh seperti apa yang dibawa,itu tergantung kepada kawan kita sendiri. Sebagai contoh, mereka membawa pengaruh buruk atau melakukan tindakan buruk yg sangat tidak patut untuk ditiru,seperti merokok ataupun menghisap kokain. Sebagai seorang sahabat,kita tidak boleh terpengaruh dan mengikuti tindakannya,sebaliknya kita harus menasihatinya dan membantunya agar dia boleh keluar dari masalah tersebut. Kerana,jika sampai kita juga terpengaruh oleh pengaruh buruk tersebut,itu berarti kita telah menghancurkan masa depan kita sendiri.
Menurut pendapat saya,kehidupan setiap manusia memerlukan seseorang untuk dijadikan sahabat. Tidak ada sesiapa pun yang mampu hidup tanpa mempunyai kawan,kerana kita hidup ini membutuhkan orang lain yang membantu kita pada masa sulit dan begitu pula sebaliknya.
Sekian dulu komen saya tentang pentingnya berkawan...
Sampai Jumpa di lain kesempatan...
Sekian dan Terima Kasih.
