CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 8, 2008

Keiginanku dan Ucapan Terima Kasihku...

Salam sejahtera para pembaca..
Senang rasanya kita boleh berjumpa lagi dalam lelaman blog peribadi saya..

Masa berlalu begitu cepat. Tanpa terasa kita telah melewati tahun 2007 dan memasuki tahun 2008. Telah banyak suka dan duka yang telah kita lewati. Semoga tahun ini akan menjadi jauh lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Tahun ini merupakan tahun penentuan yang amat penting bagi saya. Ujian peperiksaan Peringkat 'O' yang selama ini masih terasa amat jauh, telah berada di depan mata.
Demi masa depan, saya harus belajar lebih bersungguh-sungguh untuk Peringkat O. Saya harus mulai mengubah cara belajar saya.Salah satu perihal penting yang harus lebih ditekankan ialah kedisiplinan. Menurut pendapat saya, Kedisiplinan ialah anak kunci menuju kejayaan. Saya akan mencuba untuk selalu mengulang pelajaran yang telah saya pelajari di sekolah agar lebih difahami dan juga lebih memanfaatkan masa senggang saya dengan belajar. Selain itu, saya akan meminta pertolongan daripada guru-guru dan kawan sedarjah jikalau saya tidak faham dalam sesatu topik pelajaran.
Perihal lain yang juga amatlah penting ialah kesihatan. Ramai pelajar sekarang yang terlalu sibuk dengan belajarnya, tidak memiliki masa yang cukup untuk memperhatikan kesihatannya. Padahal, kesihatan merupakan hal utama yang harus diperhatikan, kerana dengan badan yang sihat, kita boleh melakukan kegiatan-kegiatan dengan lancar. Jadi,marilah kita jaga kesihatan,sebelum itu terlambat!

Saya berharap apabila sudah tiba masanya untuk mengambil peperiksaan GCE Peringkat O, saya sudah cukup bersedia sehingga saya boleh mengerjakannya tanpa kesulitan-kesulitan yang berarti.

Pada kesempatan ini,saya juga hendak mengucapkan terima kasih sebesar-besarnya kepada para guru-guru. Merekalah yang selama ini telah berperan penting dalam hal mendidik saya sehingga saya boleh menjadi seperti sekarang.

Segala jasa guru tidak akan saya lupakan. Nasihat guru tetap saya sanjung tinggi. Penat lelah dan pengorbanan guru selama ini tidak akan saya sia-siakan dan akan kami jadikan pedoman hidup pada masa yang akan datang..


DI MANA ADA KEMAHUAN,
DI SITU ADA JALAN;
JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN,
BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN.


Terima Kasih Guru-guruku..