CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, September 30, 2007

*Pengalaman Tak Terlupakan*

Salam Sejahtera Para Pembaca...



Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi salah satu dari pengalaman yang tak terlupakan di dalam hidup saya... Ini terjadi sekitar tiga tahun yang lalu...



Hari itu ialah hari pertama ke sekolah setelah menjalani tiga minggu masa cuti sekolah.

Saya sangat bersemangat ketika melihat sang matahari yang telah bersinar terang pada pukul tujuh pagi itu. Ingin rasanya cepat-cepat ke sekolah dan berjumpa lagi dengan rakan-rakan sedarjah.



"Ah...Awal yang indah..", ucap saya sambil tersenyum.



Saya pun berangkat ke sekolah.



Senyum menghiasi wajah semasa saya melihat gerbang sekolah.



Saya memasuki darjah dan segera saya mencari kawan akrabku,Lika. Saya tidak mendapatinya. Saya membiarkannya kerana saya berpikir mungkin Lika datang terlambat pada hari itu. Satu jam telah berlalu. Lika masih belum datang. Saya mulai merasa resah,kerana biasanya Lika selalu mengabari saya apabila dia tidak boleh datang ke sekolah. Saya mencoba menenangkan diri dengan berpikir mungkin dia masih bersama orang tuanya menikmati masa cuti,sehingga belum boleh masuk.



Pulang sekolah saya mencuba untuk menghubunginya melalui sms dan telefon,tetapi tiada hasil yang saya dapatkan.

Keesokan harinya,saya masih belum berjumpa dengan Lika. Saya mulai merasa tidak tenang. Sepulang sekolah, saya mengunjungi rumahnya. Di sana, saya disambut oleh seorang wanita tua yang bekerja di rumahnya.

"Selamat sore", Saya mengucap salam.

"Selamat sore,Ada yang boleh saya bantu?", balas wanita itu.

"Boleh saya bertemu dengan Lika?"

"Oh,maaf..Lika dan kedua orangtuanya belum pulang dari mengunjungi nenek dan kakeknya di Surabaya. Mungkin besok pagi baru pulang. Ada pesan yang boleh saya sampaikan?"

"Oh,tidak. Terima Kasih." ,balas saya seraya melangkah keluar meninggalkan rumah itu.

Akhirnya saya boleh bernafas lega setelah mendengar hal itu.


Keesokkan harinya,saya berencana untuk mendatanginya rumahnya lagi setelah pulang sekolah.
Namun, niat itu terurung ketika pada pagi harinya saya mendapat berita yang sangat mengejutkan dari Guru pengurus kelas saya. Teman sedarjah kami Lika mendapat kemalangan. Kereta yang ditumpangi Lika dan keluarganya terjatuh ke dalam jurang. Yang terburuk ialah Lika tidak berhasil diselamatkan.

Nafas serasa terhenti. Tak setutur katapun keluar dari mulut saya. Hanya air mata yang terus mengalir. Saya menangis tiada henti pada hari itu. Saya sebagai sahabat Lika,tidak boleh mempercayai apa yang sedang terjadi.

Rakan-rakan sedarjah dan Guru Pengurus kelas mencuba untuk menenangkan saya. Namun rasa sedih yang amat mendalam kerana kehilangan seseorang yang sangat saya cintai terlalu sukar untuk dihilangkan.

Dua hari kemudian,saya memberanikan diri untuk menghadiri acara penguburan Lika bersama dengan rakan-rakan sekelas. Sesampainya di sana,saya tidak boleh menahan diri. Saya terus menangis dan pada akhirnya saya tidak sadarkan diri.
Saya dibawa ke salah satu rumah terdekat dan diberikan penolongan pertama di sana.

Selamat Jalan,Sahabatku....



Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?





Monday, September 17, 2007

Komen Artikel "Kenaikan Tambang"

Salam Sejahtera Para Pembaca....

Pada kesempatan kali ini,saya ingin menyampaikan pandangan saya terhadap kenaikan tambang di Singapura.

Menurut artikel yang telah saya baca, tambang Bas , MRT dan LRT akan dinaikkan satu hingga dua sen mulai 1 Oktober ini. Namum Majlis Pengangkutan Awam (PTC) telah menolak hal tersebut. Hal ini kerana ramai pihak-pihak lain yang menyatakan tidak setuju akan kenaikan tambang ini.
Tidak hanya tambang Bas,MRT dan LRT yang naik. Tambang Teksi pun juga naik. Dalam acara Cakap Salah Tak Cakap Salah (CSTCS),dituturkan bahawa tambang teksi akan naik 10 sen bagi setiap 175 hingga 225 meter dan tambang tambahan waktu sibuk hingga $1. Hal ini dikeranakan oleh naiknya harga minyak diesel yang mencecah $1.07 seliter sekarang.
Ramai pihak yang tidak setuju denagn kenaikan tambang teksi ini. Terutama bagi kaum awam pengguna jasa Teksi. Mereka menentang keras akan hal ini. Terdengar suara-suara tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan pemandu teksi. Salah satunya ialah tiada Teksi menjelang tengah malam dan tambang yang naik satu setengah kali ganda pada tengah malam.
Menurut pendapat saya, sebetulnya saya setuju sahaja dengan kenaikan tambang tersebut. Namun,tidak hanya tambangnya sahaja yang dinaikan,tetapi juga mutu pelayanannya. Sehingga tidak ada lagi pihak-pihak yang memberi komen-komen yang mengatakan bahawa kenaikan tambang hanya sekedar cara untuk menambah keuntungan.
Sekian Komen saya tentang artikel "Kenaikan Tambang."
Sampai Jumpa di lain kesempatan...
Terima Kasih.





Monday, September 10, 2007

Komentar Artikel "Alah Bisa Tegal Biasa"

Salam sejahtera,


Pada kesempatan ini, saya hendak berbagi komentar saya tentang sebuah artikel yang menurut saya sangatlah menarik untuk dibaca.

Artikel itu saya dapat daripada http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,103038,00.html. Artikel yang saya baca ini ditulis oleh Farid Hamzah.


Artikel yang saya baca ini menghuraikan tentang kegemaran unik yg dimiliki oleh seorang lelaki bernama Mohd Yusof Mohd Kassim.Beliau ialah seorang kepala keluarga dar i seorang isteri dan empat orang anak. Kegemaran beliau ialah memelihara ular. Beliau menjadikan kerjaya sepenuh masanya untuk menjinakkan ular. Di rumahnya, beliau memiliki 10 ekor ular yang jenis-jenisnya ialah ular sawa batik, myanmar, albino, ular tiong dan ular tanah. Ular-ularnya berusia antara lima hingga lapan tahun. Beliau pernah berjaya menggondol tempat ketiga dalam satu pertandingan Raja Ular yang berlangsung di Taman Ular di Perlis, Malaysia. Daripada pertandingan itu, beliau mendapatkan wang tunai berjumlah RM1,000 ($435).


Artikel ini sangatlah menarik untuk dibaca dimana artikel ini menceritakan tentang satu kegemaran yang tidak biasa dan tidak dilakukan banyak orang. Tetapi, secara pribadi saya kurang menyetujui tindakan Encik Mohd Yusof. Menurut saya, memelihara ular bukanlah satu kegemaran yang tepat yang boleh dipergunakan untuk mengisi waktu luang. Ular merupakan salah satu binatang berbisa yang berbahaya. Memelihara ular memiliki risiko yang tinggi dimana ia bisa menyerang kapan saja dan dimana saja . Selain itu, menjadikan ular sebagai binatang peliharaan menurut saya adalah tindakan yang kurang tepat. Ular merupakan salah satu jenis binatang yang juga dilindungi oleh pemerintah. Mereka seharusnya dibiarkan hidup di alam bebas,bukan malah dikurung di dalam sebuah ruang yang terbatas.

Sekian dulu komen saya mengenai artikel ini.

Sekian dan Terima Kasih.

$5 Pemeriksaan Kesihatan??

Salam Sejahtera para pembaca..

Saya telah membaca sebuah artikel yang saya dapati daripada http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,104261,00.html.

Artikel ini tentang pemeriksaan kesihatan dengan bayaran hanya $5. Ini merupakan kegiatan pesta Jantung tahunan yang tahun ini diadakan di Vivo City.

Kegiatan ini diadakan dalam memperingati Hari Jantung Sedunia dan Minggu Jantung Kebangsaan.

Dalam satu kenyataan, Yayasan Jantung Singapura menyatakan pemeriksaan kesihatan itu akan dijalankan oleh Hospital Alexandra dan melibatkan ujian BMI, tekanan darah dan pemeriksaan glukos dan kolesterol.

Bertemakan Marilah bersama pastikan jantung sihat, pesta kali ini ingin menggalak kanak-kanak, ibu bapa dan datuk nenek membentuk pasukan menjadikan amalan jantung sihat satu kegiatan keluarga.
Kegiatan ini juga tidak dikenakan biaya masuk.

Menurut saya kegiatan seperti ini sangatlah menguntungkan banyak pihak. Terutama bagi mereka yang kurang mampu,tentunya boleh memakai kesempatan ini untuk memeriksa kesihatan mereka.

Sesungguhnya,menurut saya kegiatan seperti ini harusnya lebih sering lagi diadakan. Selain ini membantu mereka yang kurang mampu, hal ini juga akan membantu mengurangi jumlah angka kematian di Singapura dan juga mendorong orang-orang untuk lebih mahu memeriksakan kesihatan mereka.

Sekian Komen saya..
Sampai berjumpa di lain kesempatan..
Terima kasih...

Wednesday, August 29, 2007

Pengaruh Kawan

Salam Sejahtera para Pembaca...
^_^

Pada kesempatan kali ini,saya akan berkongsi pendapat saya tentang pentingnya berkawan atau bersahabat.


Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justru, jika salah pilih sahabat ,kita akan merana dan menerima padahnya. Maka,hendaklah kita sedikit berhati-hati dalam memilih kawan.

Seorang kawan boleh membawa pengaruh besar terhadap kehidupan kita.
Pengaruh seperti apa yang dibawa,itu tergantung kepada kawan kita sendiri. Sebagai contoh, mereka membawa pengaruh buruk atau melakukan tindakan buruk yg sangat tidak patut untuk ditiru,seperti merokok ataupun menghisap kokain. Sebagai seorang sahabat,kita tidak boleh terpengaruh dan mengikuti tindakannya,sebaliknya kita harus menasihatinya dan membantunya agar dia boleh keluar dari masalah tersebut. Kerana,jika sampai kita juga terpengaruh oleh pengaruh buruk tersebut,itu berarti kita telah menghancurkan masa depan kita sendiri.

Menurut pendapat saya,kehidupan setiap manusia memerlukan seseorang untuk dijadikan sahabat. Tidak ada sesiapa pun yang mampu hidup tanpa mempunyai kawan,kerana kita hidup ini membutuhkan orang lain yang membantu kita pada masa sulit dan begitu pula sebaliknya.

Sekian dulu komen saya tentang pentingnya berkawan...

Sampai Jumpa di lain kesempatan...
Sekian dan Terima Kasih.

Monday, August 20, 2007

Pengenalan


Salam Sejahtera Kawan-kawan sekalian,


Pertama, saya ingin memperkenalkan diri kepada kawan kawan semua..


Saya dilahirkan pada tarikh 13 Jun 1991 di Pulau Bangka,salah satu kepulauan di Indonesia. Saya tinggal bersama orang tua saya dan kedua adik lelaki saya. Pada masa adik lelaki saya yg pertama,Angga,dilahirkan,saya berumur 3 tahun. Sekarang Ia telah berumur 14 tahun. Adik lelaki saya yang kedua,Jordhy,berumur 6 tahun sekarang. Sebenarnya,mereka adalah kedua adik lelaki yang manis. Mereka slalu membuat saya merasa senang,tetapi seperti adik-kakak yang lain,terkadang kami bergaduh seperti kucing dan anjing. Tetapi bagaimanapun,saya tetap menyayangi mereka.

Nama saya ialah Feldisa Yulia. Orang-orang di sekitarku memanggilku Lia. Kegemaranku ialah menyanyi,mendengarkan music,dan menonton.
Saya memulai sekolah saya pada masa saya berumur 5 tahun. Semasa sekolah saya,saya telah membuat cukup banyak pencapaian. Sebagai contoh,pada masa saya duduk di Sekolah menengah,saya telah beberapa kali memenangkan lomba-lomba. Kebanyakan dari mereka ialah Lomba Menyanyi.
Setelah menamatkan Sekolah Menengah saya di Indonesia,saya melanjutkan sekolah saya ke Singapura. Sekarang,saya bersekolah di Sekolah Menengah Shuqun di Tingkat 3. Di sini,saya berdiam di satu Kondominium yang bernama Le-Crescendo di Paya Lebar bersama kawan-kawan yang juga berasal dari Indonesia.
Saya memilih untuk melanjutkan sekolah saya ke Singapura kerana Pendidikan di Singapura lebih bagus daripada di Indonesia.
Rencana saya setelah menamatkan Sekolah Menengah saya di singapura,Saya berencana untuk pergi ke negara lain,seperti Australia atau Selandia Baru. Tetapi saya belum yakin kerana itu semua tergantung kepada orang tua saya.
Disini,saya juga akan berbagi apa arti hidup itu menurut saya.Menurut saya,arti dari hidup ini ialah keluarga dan kawan-kawan yang boleh kamu percaya dam mempercayai kamu. Mereka ialah alasan saya untuk tetap bertahan hidup di dunia ini. Seperti remaja lain,saya juga mengalami masa sedih dan senang. Tetapi,apapun yang terjadi pada diri saya,senyum dan dukungan mereka ialah hal yang selalu memberi saya semangat untuk tetap berjuang.



Sekian pengenalan dari saya.


Sekian dan terima kasih.