CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 4, 2008

Wawancara bersama Saudari Sriyani tentang Pengalaman Kerjaya ( Pembantu Rumah)

Salam sejahtera para pembaca. Berjumpa lagi engan saya di dalam lelaman blog peribadi saya. Kali ini saya ingin berkongsi wawancara tentang sebuah pengalaman kerjaya .














Terima kasih Saudari Sriyani sebab memberi saya peluang untuk mewawancara tentang kerjaya yang telah anda ceburi iaitu menjadi seorang Pembantu Rumah di Singapura.




1. Bilakah kali pertama saudari mula bekerja sebagai pembantu rumah? Adakah ini pilihan saudari sendiri?

Saya telah menekuni pekerjaan ini sejak tahun 1998. Iya ,ini merupakan pilihan saya sendiri.

2. Mengapa saudari memilih pekerjaan ini?

Menurut saya hanya pekerjaan sebagai pembantu rumahlah yang boleh saya lakukan ,sebab saya dulu hanya boleh menyelesaikan
sekolah sampai tingkat rendah sahaja kerana kekurangan biaya.

3. Pekerjaan apa sahaja yang saudari lakukan setiap hari?

Semua pekerjaan-pekerjaan rumah ,contohnya seperti menyapu, menyetrika dan mencuci baju.

4. Dari semua pekerjaan-pekerjaan rumah yg dilakukan,pekerjaan manakah yang menurut saudari paling berat? mengapa?

Menurut saya pekerjaan yang paling berat ialah menyetrika baju. Hal ini kerana setiap hari selalu ada banyak baju yang harus disetrika kerana jumlah pelajar yang juga ramai. Menyetrika sangat melelahkan kerana harus dilakukan satu persatu. ini juga membutuhkan kesabaran dan ketelitian yang lebih.

5. Jika tidak keberatan,harap saudari mau menceritakan perjuangan saudari hingga boleh sampai ke Singapura.

Menjadi seorang pembantu boleh saja terdengar rendah dan gampang,tetapi perihal tersebut tidak seluruhnya benar terutama bagi kami yang ingin bekerja di negara orang lain. Sebelum saya boleh bekerja di Singapura, terlebih dahulu saya harus mengikuti pelatihan bahasa inggeris selama enam bulan secara intensif di Indonesia. Pada masa pelatihan itu, saya harus berpisah dengan keluarga. Di sana saya benar-benar dilatih untuk menjadi seorang pembantu yang baik.

6. Ceritakan satu pengalaman yang tidak dapat saudari lupakan selama anda bekerja di sini.

Saya pernah mengalami satu hal yg benar-benar tidak akan saya lupakan seumur hidup saya. Pada saat itu,tahun 1998, saya masih sangat baharu dan belum mengenal singapura dengan baik. Saya bekerja di satu rumah di kawasan Eunos. Selama saya bekerja di rumah tersebut,saya merasa saya sangatlah diperlakukan secara tidak wajar. Setiap hari saya selalu diberi tumpukkan pekerjaan yang seolah-olah tidak ada habisnya. Satu hari saya hanya diperbolehkan makan satu kali. Itu juga harus menunggu semua orang di rumah itu semuanya selesai makan.
Saya pernah sekali mencoba untuk mengambil roti yang ada di dapur secara diam-diam,kerana saya sudah tidak boleh lagi menahan lapar. Keberuntungan tidak ada di pihak saya. Saya tertangkap oleh majikan saya. Sebagai hukuman dia memukul saya dengan sapu dan tidak mengizinkan saya untuk makan sampai keesokkan harinya.

Sampai pada suatu ketika,di mana saya sudah tidak boleh bertahan lagi. Saya memutuskan untuk pergi secara diam-diam daripada rumah tersebut. Sayapun berhasil keluar dari rumah tersebut. Tanpa pikir panjang,saya langsung
menahan satu teksi yang lewat. Supir teksi tersebut menanyakan saya hendak pergi kemana. Saya tidak boleh menjawab,hanyalah menangis ketakutan. Supir itu berusaha untuk menenangkan saya. Akhirnya, Kedutaan Besar Indonesia terlintas dalam fikiran saya dan sayapun akhirnya memutuskan untuk diantarkan ke sana sahaja. Pada saat itu saya berpikir bahawa itu ialah tempat yang paling tempat dimana saya boleh mendapatkan perlindungan.

Beberapa minit kemudian baru saya sedari bahawa pada saat itu saya hanya membawa wang $10. Saya mulai merasa cemas bagaimana saya akan membayar biaya teksi tersebut. Perlahan saya memberritahukan perihal ini kepada supir teksi tersebut. Ternyata supir teksi itu adalah orang yang sangat baik hati. Saya tidak perlu membayar biaya teksi itu,kerana beliau mengatakan bahawa ia ingin membantu saya. Saya sangat bersyukur pada hari itu.

7. Anda telah 10 tahun bekerja di Singapura, sudah berapa kali kah anda pulang ke Indonesia?

Sudah tiga kali. Di sini,kami hanya diperbolehkan untuk pulang selama tiga tahun sekali.


8. Tidakkah anda merindukan keluarga anda? apa yang biasanya saudari lakukan untuk melepas rasa rindu tersebut?

Tentu saya sangat merindukan keluarga saya. Terlebih terhadap kedua anak saya dan suami saya. Untuk melepas rasa rindu saya terhadap mereka biasanya saya haya bisa menelfon sahaja, tapi menurut saya itu sahaja sudah cukup.


9. Pernahkah saudari menyesali memilih kerjaya sebagai Pembantu Rumah?

Dulu saya sempat berpikir seperti itu,namun itu tidaklah lama. Sekarang saya amat mensyukuri saya menekuni kerjaya ini dimana saya mendapatkan seorang majikan yang sangat baik terhadap saya dan sudah menganggap saya seperti keluarganya sendiri. Berkat pekerjaan inilah saya berhasil menyekolahkan anak saya yang pertama sampai ke tingkat universiti. Insyaallah anak saya yang ke dua akan segera menyusul seperti kakaknya.


10. Sebagai penutup,adakah anda ingin menyampaikan pesan-pesan untuk para penerus-penerus muda seperti kami?

Hidup ini memang sulit,penuh rintangan dan cobaan. Jka diibaratkan,hidup ini seperti roda yang terus berputar,selalu bergantian atas dan bawah dimana itu mencerminkan bahawa kesenangan dan kesusahan datang silih berganti.Jadi,janganlah mudah menyerah,harus terus berjuang demi mendapatkan sebuah kejayaan. Terutama kepada kalian pelajar-pelajar yang jauh-jauh datang ke Singapura untuk sekolah,belajarlah degan giat. Jangan pernah mengecewakan ibu dan bapak kalian yang telah membiayai sekolah kalian yang sangat mahal di sini. Jadi, capailah cita-citamu setinggi bintang di langit!



(Ribuan terima kasih kepada Saudari Sriyani atas kesediaannya dan massa yang telah dikorbankan untuk wawancara ini. Semoga hasil wawancara ini dapat membuka mata hati para pembaca,bahawa pekerjaan apapun yang dilakukan,asalkan penuh dengan perjuangan dan sungguh-sungguh pasti akan menempuh kejayaan)

Tuesday, January 8, 2008

Keiginanku dan Ucapan Terima Kasihku...

Salam sejahtera para pembaca..
Senang rasanya kita boleh berjumpa lagi dalam lelaman blog peribadi saya..

Masa berlalu begitu cepat. Tanpa terasa kita telah melewati tahun 2007 dan memasuki tahun 2008. Telah banyak suka dan duka yang telah kita lewati. Semoga tahun ini akan menjadi jauh lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Tahun ini merupakan tahun penentuan yang amat penting bagi saya. Ujian peperiksaan Peringkat 'O' yang selama ini masih terasa amat jauh, telah berada di depan mata.
Demi masa depan, saya harus belajar lebih bersungguh-sungguh untuk Peringkat O. Saya harus mulai mengubah cara belajar saya.Salah satu perihal penting yang harus lebih ditekankan ialah kedisiplinan. Menurut pendapat saya, Kedisiplinan ialah anak kunci menuju kejayaan. Saya akan mencuba untuk selalu mengulang pelajaran yang telah saya pelajari di sekolah agar lebih difahami dan juga lebih memanfaatkan masa senggang saya dengan belajar. Selain itu, saya akan meminta pertolongan daripada guru-guru dan kawan sedarjah jikalau saya tidak faham dalam sesatu topik pelajaran.
Perihal lain yang juga amatlah penting ialah kesihatan. Ramai pelajar sekarang yang terlalu sibuk dengan belajarnya, tidak memiliki masa yang cukup untuk memperhatikan kesihatannya. Padahal, kesihatan merupakan hal utama yang harus diperhatikan, kerana dengan badan yang sihat, kita boleh melakukan kegiatan-kegiatan dengan lancar. Jadi,marilah kita jaga kesihatan,sebelum itu terlambat!

Saya berharap apabila sudah tiba masanya untuk mengambil peperiksaan GCE Peringkat O, saya sudah cukup bersedia sehingga saya boleh mengerjakannya tanpa kesulitan-kesulitan yang berarti.

Pada kesempatan ini,saya juga hendak mengucapkan terima kasih sebesar-besarnya kepada para guru-guru. Merekalah yang selama ini telah berperan penting dalam hal mendidik saya sehingga saya boleh menjadi seperti sekarang.

Segala jasa guru tidak akan saya lupakan. Nasihat guru tetap saya sanjung tinggi. Penat lelah dan pengorbanan guru selama ini tidak akan saya sia-siakan dan akan kami jadikan pedoman hidup pada masa yang akan datang..


DI MANA ADA KEMAHUAN,
DI SITU ADA JALAN;
JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN,
BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN.


Terima Kasih Guru-guruku..


Sunday, September 30, 2007

*Pengalaman Tak Terlupakan*

Salam Sejahtera Para Pembaca...



Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi salah satu dari pengalaman yang tak terlupakan di dalam hidup saya... Ini terjadi sekitar tiga tahun yang lalu...



Hari itu ialah hari pertama ke sekolah setelah menjalani tiga minggu masa cuti sekolah.

Saya sangat bersemangat ketika melihat sang matahari yang telah bersinar terang pada pukul tujuh pagi itu. Ingin rasanya cepat-cepat ke sekolah dan berjumpa lagi dengan rakan-rakan sedarjah.



"Ah...Awal yang indah..", ucap saya sambil tersenyum.



Saya pun berangkat ke sekolah.



Senyum menghiasi wajah semasa saya melihat gerbang sekolah.



Saya memasuki darjah dan segera saya mencari kawan akrabku,Lika. Saya tidak mendapatinya. Saya membiarkannya kerana saya berpikir mungkin Lika datang terlambat pada hari itu. Satu jam telah berlalu. Lika masih belum datang. Saya mulai merasa resah,kerana biasanya Lika selalu mengabari saya apabila dia tidak boleh datang ke sekolah. Saya mencoba menenangkan diri dengan berpikir mungkin dia masih bersama orang tuanya menikmati masa cuti,sehingga belum boleh masuk.



Pulang sekolah saya mencuba untuk menghubunginya melalui sms dan telefon,tetapi tiada hasil yang saya dapatkan.

Keesokan harinya,saya masih belum berjumpa dengan Lika. Saya mulai merasa tidak tenang. Sepulang sekolah, saya mengunjungi rumahnya. Di sana, saya disambut oleh seorang wanita tua yang bekerja di rumahnya.

"Selamat sore", Saya mengucap salam.

"Selamat sore,Ada yang boleh saya bantu?", balas wanita itu.

"Boleh saya bertemu dengan Lika?"

"Oh,maaf..Lika dan kedua orangtuanya belum pulang dari mengunjungi nenek dan kakeknya di Surabaya. Mungkin besok pagi baru pulang. Ada pesan yang boleh saya sampaikan?"

"Oh,tidak. Terima Kasih." ,balas saya seraya melangkah keluar meninggalkan rumah itu.

Akhirnya saya boleh bernafas lega setelah mendengar hal itu.


Keesokkan harinya,saya berencana untuk mendatanginya rumahnya lagi setelah pulang sekolah.
Namun, niat itu terurung ketika pada pagi harinya saya mendapat berita yang sangat mengejutkan dari Guru pengurus kelas saya. Teman sedarjah kami Lika mendapat kemalangan. Kereta yang ditumpangi Lika dan keluarganya terjatuh ke dalam jurang. Yang terburuk ialah Lika tidak berhasil diselamatkan.

Nafas serasa terhenti. Tak setutur katapun keluar dari mulut saya. Hanya air mata yang terus mengalir. Saya menangis tiada henti pada hari itu. Saya sebagai sahabat Lika,tidak boleh mempercayai apa yang sedang terjadi.

Rakan-rakan sedarjah dan Guru Pengurus kelas mencuba untuk menenangkan saya. Namun rasa sedih yang amat mendalam kerana kehilangan seseorang yang sangat saya cintai terlalu sukar untuk dihilangkan.

Dua hari kemudian,saya memberanikan diri untuk menghadiri acara penguburan Lika bersama dengan rakan-rakan sekelas. Sesampainya di sana,saya tidak boleh menahan diri. Saya terus menangis dan pada akhirnya saya tidak sadarkan diri.
Saya dibawa ke salah satu rumah terdekat dan diberikan penolongan pertama di sana.

Selamat Jalan,Sahabatku....



Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?





Monday, September 17, 2007

Komen Artikel "Kenaikan Tambang"

Salam Sejahtera Para Pembaca....

Pada kesempatan kali ini,saya ingin menyampaikan pandangan saya terhadap kenaikan tambang di Singapura.

Menurut artikel yang telah saya baca, tambang Bas , MRT dan LRT akan dinaikkan satu hingga dua sen mulai 1 Oktober ini. Namum Majlis Pengangkutan Awam (PTC) telah menolak hal tersebut. Hal ini kerana ramai pihak-pihak lain yang menyatakan tidak setuju akan kenaikan tambang ini.
Tidak hanya tambang Bas,MRT dan LRT yang naik. Tambang Teksi pun juga naik. Dalam acara Cakap Salah Tak Cakap Salah (CSTCS),dituturkan bahawa tambang teksi akan naik 10 sen bagi setiap 175 hingga 225 meter dan tambang tambahan waktu sibuk hingga $1. Hal ini dikeranakan oleh naiknya harga minyak diesel yang mencecah $1.07 seliter sekarang.
Ramai pihak yang tidak setuju denagn kenaikan tambang teksi ini. Terutama bagi kaum awam pengguna jasa Teksi. Mereka menentang keras akan hal ini. Terdengar suara-suara tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan pemandu teksi. Salah satunya ialah tiada Teksi menjelang tengah malam dan tambang yang naik satu setengah kali ganda pada tengah malam.
Menurut pendapat saya, sebetulnya saya setuju sahaja dengan kenaikan tambang tersebut. Namun,tidak hanya tambangnya sahaja yang dinaikan,tetapi juga mutu pelayanannya. Sehingga tidak ada lagi pihak-pihak yang memberi komen-komen yang mengatakan bahawa kenaikan tambang hanya sekedar cara untuk menambah keuntungan.
Sekian Komen saya tentang artikel "Kenaikan Tambang."
Sampai Jumpa di lain kesempatan...
Terima Kasih.





Monday, September 10, 2007

Komentar Artikel "Alah Bisa Tegal Biasa"

Salam sejahtera,


Pada kesempatan ini, saya hendak berbagi komentar saya tentang sebuah artikel yang menurut saya sangatlah menarik untuk dibaca.

Artikel itu saya dapat daripada http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,103038,00.html. Artikel yang saya baca ini ditulis oleh Farid Hamzah.


Artikel yang saya baca ini menghuraikan tentang kegemaran unik yg dimiliki oleh seorang lelaki bernama Mohd Yusof Mohd Kassim.Beliau ialah seorang kepala keluarga dar i seorang isteri dan empat orang anak. Kegemaran beliau ialah memelihara ular. Beliau menjadikan kerjaya sepenuh masanya untuk menjinakkan ular. Di rumahnya, beliau memiliki 10 ekor ular yang jenis-jenisnya ialah ular sawa batik, myanmar, albino, ular tiong dan ular tanah. Ular-ularnya berusia antara lima hingga lapan tahun. Beliau pernah berjaya menggondol tempat ketiga dalam satu pertandingan Raja Ular yang berlangsung di Taman Ular di Perlis, Malaysia. Daripada pertandingan itu, beliau mendapatkan wang tunai berjumlah RM1,000 ($435).


Artikel ini sangatlah menarik untuk dibaca dimana artikel ini menceritakan tentang satu kegemaran yang tidak biasa dan tidak dilakukan banyak orang. Tetapi, secara pribadi saya kurang menyetujui tindakan Encik Mohd Yusof. Menurut saya, memelihara ular bukanlah satu kegemaran yang tepat yang boleh dipergunakan untuk mengisi waktu luang. Ular merupakan salah satu binatang berbisa yang berbahaya. Memelihara ular memiliki risiko yang tinggi dimana ia bisa menyerang kapan saja dan dimana saja . Selain itu, menjadikan ular sebagai binatang peliharaan menurut saya adalah tindakan yang kurang tepat. Ular merupakan salah satu jenis binatang yang juga dilindungi oleh pemerintah. Mereka seharusnya dibiarkan hidup di alam bebas,bukan malah dikurung di dalam sebuah ruang yang terbatas.

Sekian dulu komen saya mengenai artikel ini.

Sekian dan Terima Kasih.

$5 Pemeriksaan Kesihatan??

Salam Sejahtera para pembaca..

Saya telah membaca sebuah artikel yang saya dapati daripada http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,104261,00.html.

Artikel ini tentang pemeriksaan kesihatan dengan bayaran hanya $5. Ini merupakan kegiatan pesta Jantung tahunan yang tahun ini diadakan di Vivo City.

Kegiatan ini diadakan dalam memperingati Hari Jantung Sedunia dan Minggu Jantung Kebangsaan.

Dalam satu kenyataan, Yayasan Jantung Singapura menyatakan pemeriksaan kesihatan itu akan dijalankan oleh Hospital Alexandra dan melibatkan ujian BMI, tekanan darah dan pemeriksaan glukos dan kolesterol.

Bertemakan Marilah bersama pastikan jantung sihat, pesta kali ini ingin menggalak kanak-kanak, ibu bapa dan datuk nenek membentuk pasukan menjadikan amalan jantung sihat satu kegiatan keluarga.
Kegiatan ini juga tidak dikenakan biaya masuk.

Menurut saya kegiatan seperti ini sangatlah menguntungkan banyak pihak. Terutama bagi mereka yang kurang mampu,tentunya boleh memakai kesempatan ini untuk memeriksa kesihatan mereka.

Sesungguhnya,menurut saya kegiatan seperti ini harusnya lebih sering lagi diadakan. Selain ini membantu mereka yang kurang mampu, hal ini juga akan membantu mengurangi jumlah angka kematian di Singapura dan juga mendorong orang-orang untuk lebih mahu memeriksakan kesihatan mereka.

Sekian Komen saya..
Sampai berjumpa di lain kesempatan..
Terima kasih...

Wednesday, August 29, 2007

Pengaruh Kawan

Salam Sejahtera para Pembaca...
^_^

Pada kesempatan kali ini,saya akan berkongsi pendapat saya tentang pentingnya berkawan atau bersahabat.


Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justru, jika salah pilih sahabat ,kita akan merana dan menerima padahnya. Maka,hendaklah kita sedikit berhati-hati dalam memilih kawan.

Seorang kawan boleh membawa pengaruh besar terhadap kehidupan kita.
Pengaruh seperti apa yang dibawa,itu tergantung kepada kawan kita sendiri. Sebagai contoh, mereka membawa pengaruh buruk atau melakukan tindakan buruk yg sangat tidak patut untuk ditiru,seperti merokok ataupun menghisap kokain. Sebagai seorang sahabat,kita tidak boleh terpengaruh dan mengikuti tindakannya,sebaliknya kita harus menasihatinya dan membantunya agar dia boleh keluar dari masalah tersebut. Kerana,jika sampai kita juga terpengaruh oleh pengaruh buruk tersebut,itu berarti kita telah menghancurkan masa depan kita sendiri.

Menurut pendapat saya,kehidupan setiap manusia memerlukan seseorang untuk dijadikan sahabat. Tidak ada sesiapa pun yang mampu hidup tanpa mempunyai kawan,kerana kita hidup ini membutuhkan orang lain yang membantu kita pada masa sulit dan begitu pula sebaliknya.

Sekian dulu komen saya tentang pentingnya berkawan...

Sampai Jumpa di lain kesempatan...
Sekian dan Terima Kasih.