Salam Sejahtera para pembaca..
Saya telah membaca sebuah artikel yang saya dapati daripada http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,104261,00.html.
Artikel ini tentang pemeriksaan kesihatan dengan bayaran hanya $5. Ini merupakan kegiatan pesta Jantung tahunan yang tahun ini diadakan di Vivo City.
Kegiatan ini diadakan dalam memperingati Hari Jantung Sedunia dan Minggu Jantung Kebangsaan.
Dalam satu kenyataan, Yayasan Jantung Singapura menyatakan pemeriksaan kesihatan itu akan dijalankan oleh Hospital Alexandra dan melibatkan ujian BMI, tekanan darah dan pemeriksaan glukos dan kolesterol.
Bertemakan Marilah bersama pastikan jantung sihat, pesta kali ini ingin menggalak kanak-kanak, ibu bapa dan datuk nenek membentuk pasukan menjadikan amalan jantung sihat satu kegiatan keluarga.
Kegiatan ini juga tidak dikenakan biaya masuk.
Menurut saya kegiatan seperti ini sangatlah menguntungkan banyak pihak. Terutama bagi mereka yang kurang mampu,tentunya boleh memakai kesempatan ini untuk memeriksa kesihatan mereka.
Sesungguhnya,menurut saya kegiatan seperti ini harusnya lebih sering lagi diadakan. Selain ini membantu mereka yang kurang mampu, hal ini juga akan membantu mengurangi jumlah angka kematian di Singapura dan juga mendorong orang-orang untuk lebih mahu memeriksakan kesihatan mereka.
Sekian Komen saya..
Sampai berjumpa di lain kesempatan..
Terima kasih...
Monday, September 10, 2007
$5 Pemeriksaan Kesihatan??
Posted by _FeldiSa_ at 6:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment