Salam Sejahtera Para Pembaca....
Pada kesempatan kali ini,saya ingin menyampaikan pandangan saya terhadap kenaikan tambang di Singapura.
Menurut artikel yang telah saya baca, tambang Bas , MRT dan LRT akan dinaikkan satu hingga dua sen mulai 1 Oktober ini. Namum Majlis Pengangkutan Awam (PTC) telah menolak hal tersebut. Hal ini kerana ramai pihak-pihak lain yang menyatakan tidak setuju akan kenaikan tambang ini.
Tidak hanya tambang Bas,MRT dan LRT yang naik. Tambang Teksi pun juga naik. Dalam acara Cakap Salah Tak Cakap Salah (CSTCS),dituturkan bahawa tambang teksi akan naik 10 sen bagi setiap 175 hingga 225 meter dan tambang tambahan waktu sibuk hingga $1. Hal ini dikeranakan oleh naiknya harga minyak diesel yang mencecah $1.07 seliter sekarang.
Ramai pihak yang tidak setuju denagn kenaikan tambang teksi ini. Terutama bagi kaum awam pengguna jasa Teksi. Mereka menentang keras akan hal ini. Terdengar suara-suara tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan pemandu teksi. Salah satunya ialah tiada Teksi menjelang tengah malam dan tambang yang naik satu setengah kali ganda pada tengah malam.
Menurut pendapat saya, sebetulnya saya setuju sahaja dengan kenaikan tambang tersebut. Namun,tidak hanya tambangnya sahaja yang dinaikan,tetapi juga mutu pelayanannya. Sehingga tidak ada lagi pihak-pihak yang memberi komen-komen yang mengatakan bahawa kenaikan tambang hanya sekedar cara untuk menambah keuntungan.
Sekian Komen saya tentang artikel "Kenaikan Tambang."
Sampai Jumpa di lain kesempatan...
Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment